Pengenalan

Latar Belakang

Penubuhan perkhidmatan Homestay D'Santai GuestHouz ditubuhkan pada 28.10.2022 dan diadatasi oleh pihak pengasas syarikat untuk menawarkan perkhidmatan Homestay Mewah berkonsepkan elemen moden dan kontemporari. Homestay ini terletak di Taman Teritai Indah,Langgar Kedah. Lokasi yang strategik dengan kemudahan awam dan kadar harga yang sangat berbaloi. 

Anda akan dapat menikmati kemudahan pihak syarikat kami tawarkan yang serba lengkap iaitu bilik mandi tub moden dan kolam renang peribadi yang canggih. Kemudahan lain seperti tempat istirehat dilengkapi dengan Gazebo serta aktiviti BBQ juga disediakan untuk sesi riadah sekeluarga.

Oleh itu,pihak kami akan memastikan perkhidmatan Homestay D'Santai GuestHouz yang terbaik demi kepuasan pihak pelanggan.Pihak kami berharap pihak pelanggan dapat menikmati perkhidmatan terbaik dan memberikan sokongan kepada pihak kami secara berterusan.

Lesen Syarikat

D'Santai Guest Houz telah mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama syarikat DSANTAI EMPIRE yang bernombor pendaftaran: RA0093492-U. Segala urusan pembayaran hendaklah melalui atas nama syarikat DSANTAI EMPIRE sahaja.

Disclaimer: Pihak pengurusan D'Santai GuestHouz tidak bertanggungjawab diatas kecuaian dan kesilapan pihak pelanggan yang berurusan selain nama syarikat perkhidmatan kami. 

DSANTAI EMPIRE (RA0093492-U)